setelah melalui beberapa operasi penambah cantikan decoration dan renovation , berjaya juga akhirnya me'rebranding' blog ini.semoga dengan kudrat seumpama ini , mampu saya cambahkan lagi mutiara ilmu untuk saya dan kalian.sungguh saya bukanlah 'tahu' malah jauh untuk dideklarasikan sebagai 'alim'.Di luar sana sudah pasti teramat ramai yg boleh dijadikan model-rujukan.
saya kira , tinta pada "url" ini sedikit berbeza dengan 2 blog saya sebelum ini . boleh merujuk blog era kanak kanak saya dan era pra-remaja saya . saya tidak berminat untuk menggariskan bagaimana untuk menyempadankannya . terpulang kepada anda untuk menilai .
" blogging is the things you got after a post "
mungkin ini ayat pencerahan bagi mereka yang [mungkin] mengikuti perkembangan dan perjalanan penulisan saya sebelum ini . saya akui , seperti yang pernah saya nukilkan dalam entri sebelum ini - penulis sebenarnya belajar lebih banyak dari pembaca - dan , itulah blogging jika kita faham etika dan tatacaranya .
bagi saya , ini adalah satu wadah madrasah . tempat belajar , berkongsi dan belajar lagi .
ta'arruf .
" ilmu itu Agama [petunjuk jalan] , maka telitilah dan perhatilah dari siapa kamu ambil Agama kamu " Muhammad Ibnu Sirinselalu saya mengingatkan kembali diri saya , di mana letak kualiti ilmu itu ? sudah pasti ia sebenarnya letak pada 'dari mana' , 'dari siapa' dan 'apa isinya' . ini adalah persoalan persoalan asas dalam disiplin ilmu . kerana bukan semua 'ulama itu betul , dan bukan semua kitab itu betul . Bab ini seharusnya perlu 'clear' dalam menangani kebejatan orang berilmu sahih .
orang kata "dont judge a book by it's cover " .
ya , benarlah . nilai buku dan guru perlu dilihat dari dimensi Islam .
mengenali 'teori' mungkin tidak lengkap tanpa dikaitkan dengan 'realiti' .
saya usulkan beberapa isu setempat , di mana ramai pelajar2 kita yang terkandas fikrahnya . apabila ikut membuta sahaja , tanpa mengenali gurunya .
saya beri contoh kitab karangan Prof Ahmad Amin , Fajar Islam . termasuklah juga kitab2 orientalis seperti Muhammedanische Studien oleh Ignaz Goldziher , Joseph Schact pula menerbitkan an introduciton to Islamic Law dan banyak lagi . mungkin agak 'ekstrim' jika terus saya declare mereka sebagai anti-hadith . termasuklah rashad khalifa sebagai 'perencah' dalam masalah ini yang juga merupakan founder bagi United Submitters International yang popular dengan 'moto' mereka , " The Qur'an, the whole Qur'an, and nothing but the Qur'an " . terpulang kepada anda bagaimana untuk mengadili ilmu .
[ panjang sebenarnya jika mahu dipetik satu demi satu , ditambah lagi dengan kekurangan ilmu . maka selebihnya saya serahkan kepada anda untuk mentelaah sendiri beberapa contoh yang saya garisi di atas ]
kembali kepada jalan cerita , inilah yang dinamakan mengenali 'guru' .
samalah juga kepada sahabat sahabat kita yang rajin bertalaqi , berguru ke sana sini . kalaulah segala jenis syeikh kita mahu turuti , maka peninglah dunia . Isu ini bukan ringan , ini soal fikrah , ilmu dan Aqidah . caknalah terhadap ilmu dan sumbernya . kita lihat apa yang terjadi kepada mereka , ramai yang keliru . apabila berguru dengan 'syiah' dan sebagainya . bertambah parah apabila semua mahu menjadi " show-manship " .
jadi , siapakah saya ? itu sahaja isu nya . belum lagi masuk tajuk mengenali sumber2 ilmu dalam entri saya yang seterusnya . belum lagi masuk bab dari siapa saya ambil 'agama' saya . anda yang membaca ini akan mengambil 'sesuatu' dari saya .
bagaimana ? hendak atau tidak , anda perlu tahu siapa saya .
ini sebenarnya point saya sebagai muqaddimah pendahuluan bagi entri entri yang seterusnya . saya yang menulis ini . saya yang berkogsi ini . supaya anda memahami 'bagaimana' saya dan seterusnya dapat mencerna sekilas ilmu di blog ini dengan baik .
kembali kepada tajuk ' siapa saya '
pelajar tahun 1 , feqh wa usuluhu . syari'ah islamiah
Jami'ah Yarmouk , Jordan .
ya , masih terlalu awal jika dilihat pada 'zaman ini' . masih dalam rangka gerak kerja mengaut mutiara berharga dari bumi shams . insyaAllah , blog ini akan menjadi medan khas untuk menterjemah ilmu semasa dan pemerhatian saya .
cukuplah latar pelajaran terkini itu sebagai pengenalan diri . tentang fikrah atau cara saya berfikir itu saya serah kepada anda .
apapun, bukanlah ingin bercerita tentang hikayat-diri-sendiri yang akhirnya menatijahkan gejala syok sendiri yang kebanyakannya hari ini memakan jati diri ustaz kita masa kini . sejauhnya saya cuba mengelakkan itu semua , dan mohon juga sahabat pembaca membantu saya.saya terbuka menerima mana2 sahabat yang ingin menjadi co-blogger untuk ruang penulisan ini.
sebarang perkongsian , pertanyaan boleh berhubung terus melalui e-mail saya - abu.uwaislah@yahoo.com . saya akan cuba memberi respons terbaik bagi diri saya [insyaAllah] untuk hal hal berbangkit .
innalillah wa inna ilaihi raji'un .
allahumma ganjarkan kami atas musibah ini .
allahumma balaslah kami dengan yang lebih baik daripadanya .
salam.
ReplyDeleteteruskan ber-blog untuk Islam...:)