Tuesday, February 22, 2011

Bid'ah [ bahagian 1 ]


" sesungguhnya siapa yang hidup di kalangan kamu selepas daripada aku ini , akan melihat perselisihan yang banyak . banyak pendapat akan dikemukakan berhubung dengan agama . hendaklah kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah khulafa' arrasyidin al mahdiyin dan gigit ia dengan geraham [sungguh2] , jaga2 kamu jangan buat perkara baru dalam agama . setiap yang baru itu bid'ah , dan setiap yang bid'ah itu menyesatkan , dan setiap yang menyesatkan itu di neraka "

kebiasaan masyarakat melayu kita agak sensitif apabila mendengar bid'ah.bukanlah sensitif kerana ambil berat atau prihatin . sebaliknya sensitif kerana merasakan ia adalah sesuatu yang remeh . menjadi kebiasaan di Malaysia khususnya , apabila didatangkan sesuatu yang di luar amalan mereka malah bertentangan , mereka akan mentah mentah menolaknya . tidak kurang juga yang melabelkan sebahagian ustaz sebagai wahabi , sesat dan sebagainya . ini kerana adat kita , yang sukar menerima sesuatu amalan atau hukum yang asing pada fikiran kita.

antara mereka ada yang pandai menjawab , " eh, ustaz itu cakap begini .. xkan salah kut " .

jaga jaga , skill ini mungkin nampak munasabah . tapi perlu diingat , tidak semua ustaz itu betul . kalau semua jenis ustaz kita percaya , makin belajar makin pening kita . kalaulah semua ibadah disandarkan pada orang yg bergelar ustaz , maka sedarlah kita seakan akan membelakangi Nabi Muhammad S.A.W . seakan akan 'ustaz' yang disandarkan itu punyai deal asing dengan Allah S.W.T . begitukah yang kita maksudkan ? kerana syari'at itu datang dari Allah , dan ia disampaikan kepada kita hanya melalui Nabi Nya sahaja . harap harap kita sudah clear tentang perkara ini .

istilah Bid'ah bukanlah sesuatu yang direka oleh para ulama' . bukan juga isu yang ditimbulkan oleh ulama' saudi . bukanlah fikrah batil yang dibawa oleh pelajar keluaran Timur Tengah . kita perlu memahami , bahawa sesungguhnya yang tegas menekankan isu ini ialah Nabi Muhammad S.A.W !

" itu bid'ah ini bid'ah , kalau begini naik unta pun bid'ah . nabi tak buat ! "

nah , persepsi sebegini banyak memakukan bid'ah itu di letak yang samar dan hina . dengar sahaja bid'ah , masing2 serba tidak kena . seakan akan ia ungkapan yang menakuktkan . malah di sekolah dulu , beberapa orang junior memuncung mulut apabila ustaz menyebut ''bid'ah'' . kebanyakan ustaz sering membacakan hadith ini sebagai pembuka kata di majlis ilmu mereka . maka makin muncunglah puak puak " anti-mendengar-perkataan-bid'ah " ini .

miss-communication .

tidak saya nafikan , ada sahaja 'ustaz' yang kurang pencerahan dalam ta'rif bid'ah . pernah jadi isu di sekolah dahulu ketika tazkirah pelajar apabila seorang senior melabelkan tahlil sebagai 'bid'ah' dan ia sama sekali tertolak malah 'haram' . samalah dalam kalangan pelajar , masing2 naik syeikh bila mendengar kenyataan sebegitu , kemudian mula mengeluarkan hujah masing2 .

" ustaz itu salafi ! "

" bukan ke bid'ah itu ada dua ? baik dan jahat ?? kan ? "

dalam keadaan ini , semua pihak wajar memahami apa itu bid'ah . baik pada murabbi [penyampai] mahupun pada mutarabbi [penerima] . salah faham terhadap istilah ini akhirnya akan membawa kepada sikap hukum menghukum dan secara langsung mengeksploit hadith nabi sebagai menyokong hujah mereka . selepas itu , muncul pula ustaz ustaz yang tidak habis 'mengaji' . semua mahu jadi man of the match . hancurlah ilmu kalau begini .

bagaimana pula dengan pembahagian bid'ah mahmudah dan mazmumah ?
ini suatu lagi persoalan yang sudah tepu , dan seringkali menjadi hujah bagi mereka2 yang terkena tempias bid'ah.

" tahlil itu tidak salah , kerana niat kita baik . itulah bid'ah mahmudah "


tidaklah saya menyalahkan kenyataan di atas , cuma cara memahami ta'rif bid'ah yang diusulkan oleh imam as syafi'e itu tidak tepat.sedangkan ibnu mas'ud pernah menyebut , " berapa ramai orang yang berniat baik , tetapi tidak sampai pun pada kebaikan itu " . sungguh niat tu tidak pernah sesekali menghalalkan cara.

sebahagian pihak pula mengangkat pendapat izz 'abdussalam , seorang ulama' hadith . beliau membahagikan bid'ah kepada 5 bahagian . bid'ah harus , sunat , haram , wajib dan makruh . ini lebih canggih ! dan episod caci mencaci antara ustaz melayu berterusan kerana kurangnya kajian terhadap ilmu ini . sedangkan sudah pasti tidak diketemui sebuah kitab feqh itu melainkan diperuntukkan di dalamnya tajuk bid'ah !

beberapa ilmuan turut ditdeclare sebagai 'ekstrimis' kerana meletakkan segala yang tidak pernah nabi buat adalah bid'ah.ada pula golongan yang merujuk kepada kalam umar al khattab yang menyebut solat berjemaah selepas solat 'isya adalah bid'ah dan banyak lagi .

tidak salah rasanya dikonklusikan , bahawa kita seringkali tersalah tafsir memahami kalimah "bid'ah" yang dinukilkan sendiri oleh nabi S.A.W.

kembali kepada kaca-mata Islam

untuk memahami sesuatu itu tidak bolehlah kita lihat pada orangnya . sewajarnya perlu dilihat pada angka dan faktanya.menilai dari dimensi ilmuan kita.benar nikmat terbesar bagi kita adalah Islam , tapi yang lebih besar dari adalah 'Islam yang sahih'.pemahaman seumpama inilah yang jarang2 diputar ke segenap fikrah Muslim . jika di eropah kita gelar mereka 'berkulit-putih' , jika di benua afrika kita melihat mereka sebagai orang 'berkulit-hitam' . muncullah istilah orang 'berkulit-Islam' ! entri akan datang mungkin dapat membantu kita bersam sama memahami bid'ah secara precise . Allah pasti mengganjari hambanya yang mencari kebenaran .

bersama kita hindari BID'AH !

Sunday, February 20, 2011

muqaddimah .

alhamdulillah .

setelah melalui beberapa operasi penambah cantikan decoration dan renovation , berjaya juga akhirnya me'rebranding' blog ini.semoga dengan kudrat seumpama ini , mampu saya cambahkan lagi mutiara ilmu untuk saya dan kalian.sungguh saya bukanlah 'tahu' malah jauh untuk dideklarasikan sebagai 'alim'.Di luar sana sudah pasti teramat ramai yg boleh dijadikan model-rujukan.

saya kira , tinta pada "url" ini sedikit berbeza dengan 2 blog saya sebelum ini . boleh merujuk blog era kanak kanak saya dan era pra-remaja saya . saya tidak berminat untuk menggariskan bagaimana untuk menyempadankannya . terpulang kepada anda untuk menilai .

" blogging is the things you got after a post "

mungkin ini ayat pencerahan bagi mereka yang [mungkin] mengikuti perkembangan dan perjalanan penulisan saya sebelum ini . saya akui , seperti yang pernah saya nukilkan dalam entri sebelum ini - penulis sebenarnya belajar lebih banyak dari pembaca - dan , itulah blogging jika kita faham etika dan tatacaranya .

bagi saya , ini adalah satu wadah madrasah . tempat belajar , berkongsi dan belajar lagi .

ta'arruf .

" ilmu itu Agama [petunjuk jalan] , maka telitilah dan perhatilah dari siapa kamu ambil Agama kamu " Muhammad Ibnu Sirin

selalu saya mengingatkan kembali diri saya , di mana letak kualiti ilmu itu ? sudah pasti ia sebenarnya letak pada 'dari mana' , 'dari siapa' dan 'apa isinya' . ini adalah persoalan persoalan asas dalam disiplin ilmu . kerana bukan semua 'ulama itu betul , dan bukan semua kitab itu betul . Bab ini seharusnya perlu 'clear' dalam menangani kebejatan orang berilmu sahih .


orang kata "dont judge a book by it's cover " .
ya , benarlah . nilai buku dan guru perlu dilihat dari dimensi Islam .
mengenali 'teori' mungkin tidak lengkap tanpa dikaitkan dengan 'realiti' .

saya usulkan beberapa isu setempat , di mana ramai pelajar2 kita yang terkandas fikrahnya . apabila ikut membuta sahaja , tanpa mengenali gurunya .

saya beri contoh kitab karangan Prof Ahmad Amin , Fajar Islam . termasuklah juga kitab2 orientalis seperti Muhammedanische Studien oleh Ignaz Goldziher , Joseph Schact pula menerbitkan an introduciton to Islamic Law dan banyak lagi . mungkin agak 'ekstrim' jika terus saya declare mereka sebagai anti-hadith . termasuklah rashad khalifa sebagai 'perencah' dalam masalah ini yang juga merupakan founder bagi United Submitters International yang popular dengan 'moto' mereka , " The Qur'an, the whole Qur'an, and nothing but the Qur'an " . terpulang kepada anda bagaimana untuk mengadili ilmu .

[ panjang sebenarnya jika mahu dipetik satu demi satu , ditambah lagi dengan kekurangan ilmu . maka selebihnya saya serahkan kepada anda untuk mentelaah sendiri beberapa contoh yang saya garisi di atas ]

kembali kepada jalan cerita , inilah yang dinamakan mengenali 'guru' .

samalah juga kepada sahabat sahabat kita yang rajin bertalaqi , berguru ke sana sini . kalaulah segala jenis syeikh kita mahu turuti , maka peninglah dunia . Isu ini bukan ringan , ini soal fikrah , ilmu dan Aqidah . caknalah terhadap ilmu dan sumbernya . kita lihat apa yang terjadi kepada mereka , ramai yang keliru . apabila berguru dengan 'syiah' dan sebagainya . bertambah parah apabila semua mahu menjadi " show-manship " .

jadi , siapakah saya ? itu sahaja isu nya . belum lagi masuk tajuk mengenali sumber2 ilmu dalam entri saya yang seterusnya . belum lagi masuk bab dari siapa saya ambil 'agama' saya . anda yang membaca ini akan mengambil 'sesuatu' dari saya .

bagaimana ? hendak atau tidak , anda perlu tahu siapa saya .

ini sebenarnya point saya sebagai muqaddimah pendahuluan bagi entri entri yang seterusnya . saya yang menulis ini . saya yang berkogsi ini . supaya anda memahami 'bagaimana' saya dan seterusnya dapat mencerna sekilas ilmu di blog ini dengan baik .

kembali kepada tajuk ' siapa saya '

pelajar tahun 1 , feqh wa usuluhu . syari'ah islamiah
Jami'ah Yarmouk , Jordan .

ya , masih terlalu awal jika dilihat pada 'zaman ini' . masih dalam rangka gerak kerja mengaut mutiara berharga dari bumi shams . insyaAllah , blog ini akan menjadi medan khas untuk menterjemah ilmu semasa dan pemerhatian saya .

cukuplah latar pelajaran terkini itu sebagai pengenalan diri . tentang fikrah atau cara saya berfikir itu saya serah kepada anda .

apapun, bukanlah ingin bercerita tentang hikayat-diri-sendiri yang akhirnya menatijahkan gejala syok sendiri yang kebanyakannya hari ini memakan jati diri ustaz kita masa kini . sejauhnya saya cuba mengelakkan itu semua , dan mohon juga sahabat pembaca membantu saya.saya terbuka menerima mana2 sahabat yang ingin menjadi co-blogger untuk ruang penulisan ini.

sebarang perkongsian , pertanyaan boleh berhubung terus melalui e-mail saya - abu.uwaislah@yahoo.com . saya akan cuba memberi respons terbaik bagi diri saya [insyaAllah] untuk hal hal berbangkit .


innalillah wa inna ilaihi raji'un .
allahumma ganjarkan kami atas musibah ini .
allahumma balaslah kami dengan yang lebih baik daripadanya .